Friday, June 26, 2015

WAKTU KHULUK DAN ‘IDDAH ISTERI YANG DIKHULUK

       I.            Waktu Khuluk

Harus atau dibolehkan bagi seorang suami mengkhuluk isterinya sama ada pada waktu suci ataupun haid.

Berlainan keadaannya dengan talak biasa yang mana suami diharamkan menjatuhkan talak ke atas isterinya pada waktu haid. Hal ini adalah kerana ia akan mendatangkan mudharat kepada isteri kerana terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk menghabiskan waktu ‘iddahnya kerana kiraan ‘iddah itu bermula pada waktu suci.

Tetapi, berbeza dengan khuluk, diharuskan atau dibolehkan bagi suami untuk mengkhuluk isterinya pada waktu haid kerana khuluk tersebut merupakan kehendak daripada isteri itu sendiri untuk membebaskan dirinya daripada suami. Jadi, tiada masalah kemudharatan bagi isteri dalam menunggu tempoh ‘iddah yang panjang kerana khuluk tersebut datang daripada kehendaknya sendiri sepertimana firman Allah S.W.T :

Maksudnya: “Maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberi oleh isteri untuk menebus dirinya.”

(Surah Al-Baqarah: 229)

       I.            ‘Iddah Isteri yang Dikhuluk
Mengikut pendapat Jumhur Ulamak, ‘iddah isteri yang dikhuluk adalah sama dengan ‘iddah isteri yang ditalak, sebagaimana firman Allah S.W.T yang berbunyi :
الْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ
Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (haid)
(Surah Al-Baqarah : 228)

Oleh kerana khuluk itu adalah perceraian suami isteri semasa masih hidup dengan syarat isteri itu telah disetubuhi, maka ‘iddahnya adalah tiga quru’ (tiga kali suci). Hal ini adalah untuk memastikan bahawa rahim isteri tersebut bersih daripada benih suami yang sebelumnya agar tidak timbul masalah penentuan nasab. Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan bahawa ‘iddah isteri yang dikhuluk ialah sekali haid.

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!