Friday, June 26, 2015

Hukum dan Pensyariatan Khuluk

HUKUM DAN PENSYARIATAN KHULUK

Dari segi hukum, khuluk pada dasarnya adalah makhruh kerana ia adalah sejenis talak yang dituntut oleh isteri dengan bayaran ganti (‘iwadh) sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadith:

أبغض الحلال إلى الله الطلاق

Maksudnya: “Perkara halal yang paling dibenci disisi Allah ialah talak

 

(Diriwayatkan oleh Abu Daud)

Khuluk yang dihukumkan makruh ialah:
·         Seorang suami yang membenci isterinya dan dia berhasrat untuk mengkhuluk isterinya, maka makhruh bagi suami itu menuntut bayaran ganti (‘iwadh).

·         Seorang suami yang tidak menyukai isterinya kerana buruk akhlaknya, lalu dia sengaja tidak memberi nafkah kepada isterinya sehingga si isteri menuntut khuluk, maka makhruh bagi suami mengambil bayaran tersebut.

Bagi kedua-dua perkara ini, makhruh bagi suami menganbil bayaran ganti tersebut, walaubagaimanapun hukum khuluk tersebut adalah sah.


Namun, disebalik hukum makhruh itu terdapat juga perkara yang mengharuskan khuluk iaitu:

·         Jika isteri tidak menyukai suaminya kerana buruk akhlak atau agamanya, lalu isteri khuatir jika dia tidak dapat menyempurnakan hak terhadap suaminya, maka harus baginya khuluk dengan bayaran ganti sebagaimana disebutkan di dalam surah Al-Baqarah ayat 229 :

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ
Maksudnya : “Jika kamu khuatir bahawa keduanya (suami isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya”

·         Jika khuluk berlaku di atas keredhaan kedua pasangan suami isteri tanpa sebab yang tertentu , maka ia adalah harus, berdasarkan firman Allah S.W.T :

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً  فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا

Tafsirnya: “Kemudian jika mereka dengan sesuka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”

(Surah An-Nisa’: 4)

·         Jika kedua suami isteri itu atau salah seorang dari keduanya takut tidak akan mampu melaksanakan hukum Allah yang diwajibkan dalam pernikahan,maka harus bagi mereka khuluk.

Berikut adalah sabda Rasulullah S.A.W dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas R.A :

Maksudnya: “Isteri Tsabit bin Qais bin Syammas mendatangi nabi S.A.W seraya berkata : “Wahai Rasulullah, aku tidak membenci Tsabit dalam agama dan akhlaknya. Aku hanya takut Kufur”. Maka Rasulullah S.A.W bersabda : “Mahukah kamu mengembalikan kepadanya kebunnya?”. Ia menjawab, “Ya”, maka ia mengembalikan kepadanya dan Rasulullah S.A.W memerintahkannya, dan Tsabit pun menceraikannya”. (H.R. Al-Bukhari)

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!