Friday, June 26, 2015

HIKMAH DAN KESAN PENSYARIATAN KHULUK

1      Hikmah Pensyariatan Khuluk


Talak  merupakan perkara yang dibenci oleh syara’, begitu juga dengan khuluk kerana kedua-duanya ini mempunyai erti yang sama iaitu memutuskan ikatan perkahwinan. Tetapi, oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat diatasi maka syara’ membenarkan dan mengharuskan talak. 

Berikut adalah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud :

أبغض الحلال إلى الله الطلاق


Maksudnya: “Perkara halal yang sangat dibenci Allah Ta’ala adalah talak”
(Diriwayatkan oleh Abu Daud)

Walau bagaimanapun, hadith ini adalah hadith dhoif. Terdapat juga hadith Rasulullah S.A.W tentang hal ini iaitu:
إن الله لا يحب الذواقين والذواقات

“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada laki-laki yang suka kahwin cerai dan perempuan yang suka kahwin cerai.” (Riwayat Thabarani dengan sanad Dhoif dari Al-Munawi)

·         Sebagai penghormatan kepada isteri supaya bertindak mengikut undang-undang yang telah digariskan oleh syara’.
·         Mengelakkan kemungkinan isteri berlaku nusyuz terhadap suami.
·         Mengelakkan perasaan ego suami daripada menyalahgunakan kuasa sebagai ketua keluarga untuk bertindak secara sesuka hati.
·         Mengelakkan permusuhan dan dendam antara pasangan suami isteri.
·         Kedua-dua pasangan suami isteri itu dapat memulakan kehidupan yang baharu.

1    Kesan Pensyariatan Khuluk

Khuluk juga secara tidak langsung meninggalkan kesan terhadap suami isteri yang telah bercerai. Antara kesannya ialah :

·        >  Suami isteri yang berpisah kerana khuluk tidak boleh merujuk kembali walaupun isteri masih dalam   tempoh ‘iddah. Akad yang baharu diperlukan jika ingin rujuk semula.
·         >  Khuluk akan mengurangkan jumlah talak.
·         > Tiada nafkah untuk isteri kerana khuluk adalah permintaan daripada isteri.
·         > Bekas suami tidak boleh menambah talak ke atas isterinya.
·         > Isteri dapat menentukan pasangan hidup yang sesuai.
Oleh itu, khuluk ini ada baik dan buruknya terhadap suami isteri yang bercerai malalui kaedah tebus talak ini.

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!