Monday, August 18, 2014

Tips before making decisions...

‘Guess if you can, choose if you dare.’ -Pierre Corneillie-
Hah...Assalamualaikum semua..
kali ini Sharifah ingin kongsikan satu artikel mengenai tips sebelummembuat sesuatu keputusan..haa..kalau nak buat sesuatu keputusan tu jangan terburu-buru tetapi fikirlah dahulu secara rasional bak kata pujangga fikir masak-masak..haaa...
Roda waktu tak pernah menunggu, ia akan pergi dan terus berlalu. Tiada apa yang ada pada usia melainkan hanyalah detik-detik kehidupan yang semakin berkurang. Pertambahan umur membuatkan manusia semakin matang secara teorinya. Namun adakah perkara itu merupakan suatu realiti secara praktikal?
Manusia. Mereka dikurniakan akal. Namun sejauh mana mereka memanfaatkannya? Sejauh mana akal itu digunakan berbanding emosi yang menjadi pilihan? Berbicaranya daku bukan kerana apa, kerana penyakit dalam masyarakat kita semakin melata.
Sukar untuk membuat keputusan. Tidak tahu, mana yang benar atau sebaliknya. Segalanya seakan sama. Kebenaran itu kabur, kebatilan pula kelam.Haha..suramlah jawabnye ye..
Ada bezakah?
Membuat Keputusan
Membuat keputusan, rumitkan? Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Suatu perkara yang akan jadi penentu.
Sama ada matlamat kita untuk membuat sesuatu perkara itu tercapai atau tidak. Perkara yang sangat penting.
Decisions sign in the skycrossroads
‘It does not take much strength to do things, but it requires great strength to decide on what to do.’ -Elbert Hubbard-
1. Pastikan bahawa minda anda berada dalam keadaan baik.
Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah keadaan minda kita.
Adakah ketika itu kita sedang marah?
Atau sedang sedih? Kecewa? Geram?
Sakit hati? Patah hati? Makan hati? Panas hati? Retak hati?Kebaranan yang nyata (bak kata sahabat saya Hanis XD)
Dan segala jenis hati yang ada kaitan atau dengan bahasa mudahnya dalam keadaan tak gembira?
Kenapa perlu berbuat demikian?
Jawapannya mudah, kerana perkara itulah yang akan mempengaruhi keputusan kita. Tika sedang marah, berapa ramai manusia yang mampu membuat keputusan dengan baik? Tengok sahaja kes cerai yang berleluasa di Malaysia. Puncanya apa? Bergaduh dah semestinya. Cuma, apa yang boleh kita beri perhatian, waktu si suami menjatuhkan talak adalah ketika mana suami itu sedang marah. Marah yang teramat sangat, umpama magma yang meletus menjadi lava.Haha..over tak lava tu..haha..
Membuat keputusan dalam keadaan marah adalah amatlah ditegah. Kemungkinan untuk keputusan kita memberi hasil yang negatif itu amat tinggi. Begitu juga dengan sedih, kecewa dan adik-beradiknya.
Jadi, buatlah keputusan ketika kita dalam keadaan gembira, tenang dan relaks. Sebab minda kita ketika itu lebih terbuka dan rasional. Boleh membezakan yang mana baik dan yang mana lebih baik untuk kebaikan masa hadapan.
Pastikan minda anda dalam keadaan bersedia sebelum membuat keputusan, jika tidak. Maka seeloknya tangguh dulu keputusan itu. Pergi ambil wudhuk dan kalau rajin solatlah istikharah. Minta petunjuk dariNya. InsyaAllah, hasil keputusan anda : Positif.
2. Berhenti ‘berfikir’ tentang pilihan anda.
Berhenti berfikir? Maksudnya? Tidurkah?Amboi..sedap tidur nampak...bina lemak terkumpul ye..
Bukan. Maksudnya di sini, ubah sudut pandang kita. Take another look from the other side..cewah speaking gitu time buat pembentangan dlm kelas xdela fluent mcm ni..haha..ok lupakan..
Jika sebelum ini kita berfikir dari sudut rasional dan logik keputusan kita, apa kata kita ambil berat juga bab lain yang berkaitan dengan emosi kita.
Eah? Tadi kata jangan ikut emosi? Hah, macam mana ini? haa..pening ke...
Begini, emosi adalah elemen yang amat penting untuk manusia. Tidaklah semua emosi itu negatif, walaupun perbualan Melayu ada yang menggambarkan ‘emosi’ itu sebagai suatu yang negatif, namun emosi itu sendiri pada asalnya adalah positif. Seperti mana salah faham konsep ‘couple’ dan ‘cinta’ dalam masyarakat kita. Perkara yang sama terjadi kepada emosi.
Kita perlu ambil kira faktor emosi kita juga. Dengan kata lain, kita cuba letakkan diri kita dalam suasana tersebut. Adakah kita selesa dengan keputusan kita? Adakah kita gembira apabila keputusan itu dibuat?
Satu contoh, ketika mana kita perlu memilih sama ada hendak pulang bermalam pada hujung minggu atau nak study di dorm. Secara rasionalnya, study di dorm adalah lebih bagus, kita akan dapat ulangkaji pelajaran dan menambah kefahaman dalam masa yang sama meningkatkan lagi kemungkinan untuk dapat cemerlang dalam peperiksaan. Tambahan pula, kita tidak membazir wang untuk tambang dan membazir waktu ketika perjalanan pulang.
Namun begitu, adakah anda gembira dengan keputusan anda? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah lama tidak pulang, sudah semestinya anda tidak gembira. Lebih malang lagi apabila rasa tidak gembira itu berlarutan sehinggalah masa peperiksaan, sampaikan anda pun dah tak boleh tumpu kerana terlalu memikirkan dan kerinduan. Maka, adakah keputusan yang anda buat berdasarkan rasional itu tadi membuahkan hasil yang positif?
Tidak.
Oleh itu, instead of fikir sahaja, kita perlu hayati pilihan kita. Hayati? Maksudnya, feel lah tentang pilihan kita itu.Itu pun x paham ke. Sama ada kita selesa atau tidak. Syumulkan sudut pandang anda. InsyaAllah, perkara yang kita selesa itu akan menjadikan kita lebih berusaha untuk melaksanakannya.
‘When you base your life on what’s in your heart, the majority of your decisions are already made.’ -Paul Clark-
3. Menilai setiap kemungkinan dan mempunyai matlamat yang jelas.
Senang cerita, optimis.
Nilai keputusan kita dari segi baik dan buruknya. Bukan sahaja bagi diri kita, tetapi juga untuk mereka di sekeliling. Sama ada keputusan itu membuatkan orang lain selesa atau tidak.
Sebagai contoh, kita nak study dalam bilik. Jadi kita stay up sampai lewat malam. Lampu pun terpasang, dalam masa yang sama orang lain nak tidur. Jadi adakah keputusan kita untuk study dalam bilik itu adalah keputusan yang baik?
Semestinya tidak.
Setiap orang mempunyai hak, dan ketika itu kita telah merampas hak kawan kita untuk tidur dalam keadaan selesa.
Jadi, sekarang ini apa yang boleh kita beri perhatian. Sebelum membuat keputusan, kita perlu kikis perasaan ego dalam diri.Yang selalu saya ungkapkan..jangan jual ikan ehh...haha bahasa ibunda mana tah..sbnrnya nk ckp jn selfish... Pastikan keputusan kita menghormati hak orang lain dan yang paling penting selari dengan syara’.
Everyone should carefully observe which way their heart draws them, and then choose that way with all their strength.’ -Hasidic Saying-
Ingat, apa pun keputusan anda, buatlah dengan minda yang terbuka dan yang paling penting, keputusan yang dibuat tidak lain hanyalah kerana Allah dan bermatlamatkan perjuangan untuk agamaNya.
Sekian dari Sharifah...Salam ukhuwah ;)

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!