Tuesday, August 26, 2014

BERHEMAH DALAM MENEGUR

Assalamualaikum para pembaca yang dihormati...
kali ini coretan yang ingin dikongsi berkisar tentang adab untuk menegur dan memberi nasihat 
enjoy and interpret it digestively..haha !! 
”Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.”
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.
alt

Sememangnya dalam kehidupan ini, setiap orang ada perbezaan pendapat dan  pandangandan ianya sesuatu perkara yang lumrah dan apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.
Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.
Sepatutnya time kite nak tegur org tu janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan then buat andaian yang bukan-bukan tak pun berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.Haa itu dah menyimbah minyak dalam api yang marak namanya..
Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu kita kena teliti dan halusi sertai kaji kebenarannya sebab perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
Tetapi, sejak kebelakangan ini kita boleh tengok la semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur walaupun apa yang dinyatakan tu ada kebenarannya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
”Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita kena berhati-hati apatah lagi kalau kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ untuk menjelaskan sesuatu perkara.
Panduan
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah;
1) tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2) mencari waktu yang tepat
3) memahami kedudukan orang yang ditegur
Hakikatnya, Islam dah bagi panduan jelas untuk memberi teguran dan macam mana sikap kita apabila ditegur. Kita ttak boleh melatah tak pun terlalu emosional sampai  melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Semua itu takkan selesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tak kira la sama ada kita ni pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.
Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.
Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,
”Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”
Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi  mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kira seburuk apa pun kesalahannya.
Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
”Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.
Rasulullah s.a.w bersabda
”Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan”.
Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu , elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini tak pun putar belit cerita kan..haa
Tahu tak !!! pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.
Dalam buku Ihya ‘Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.
Bagi pihak orang yang memuji tu, keburukan yang akan dia dapat ialah bila dia puji lebih-lebih sangat,last skali sampai tahap dusta, sebab apa? Sebab dia memuji dengan berpura-pura je konon nak tunjuk la rasa cinta, simpati, prihatin and what so ever sedangkan dalam hatinya hah kau puaka habis, kiranya dia cakap sesuatu yang tak disokong oleh fakta sebaliknya bohong semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji tu padahal orang tu buat salah.
Bangga
Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) – kedua-dua ni ialah penyakit yang boleh ‘mematikan’  dan keburukan kedua, orang yang dipuji tu hah mula lah rasa hebat sangat sampai tak perlu  bersusah payah dan bekerja kuat.
Kesimpulannya, apa pun yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah  teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.
Sebab setiap apa yang kita katakan akan dihitung di akhirat kelak apatah lagi jika berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.
Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!