Saturday, April 16, 2011


Banduan Palestin Menanti Kehadiran Cahaya


alt
Anggota keluarga bagi kira-kira 7,500 banduan Palestin yang ditahan dalam keadaan penuh azab di penjara Israel mengadakan tunjuk perasaan setiap minggu bagi menuntut pembebasan mereka.
Sambil memegang gambar para banduan, mereka berkumpul di hadapan ibu pejabat Palang Merah Antarabangsa di bandar Gaza setiap Isnin, mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan berundur sehingga anak, suami, bapa dan saudara mara mereka dibebaskan.
Di antara mereka ialah keluarga Emad Al-Saftawi, 47, yang ditawan askar Israel semasa cuba meninggalkan Semenanjung Gaza dan memasuki Mesir di lintasan sempadan Rafah pada 2000.
Memandangkan isterinya hamil semasa beliau ditangkap, Emad, yang menjalani hukuman penjara 18 tahun, hanya dapat melihat anak perempuannya, Leen, semasa dia melawat penjara bersama ibunya yang telah tua dan kematian suami. Isterinya tidak pernah melawatnya di penjara, tetapi anak-anaknya, Hamza dan Jihad, telah melawat bapa mereka semasa mereka berumur bawah 12 tahun.
Pihak berkuasa Israel melarang mereka yang berumur lebih daripada 12 tahun daripada melawat banduan di penjara. Proses melawat itu dijadikan lebih rumit selepas militan Palestin menawan askar Israel Gilad Shalit semasa satu serbuan ke atas kawasan tentera Israel di selatan Semenanjung Gaza pada 2006.
Sejak itu, Israel telah menghalang, tanpa pengecualian, semua anggota keluarga banduan Palestin daripada melawat anak atau saudara mara mereka. Anak Emad tidak dapat menanggung rasa rindu kerana tidak dapat melihat bapa mereka sejak lima tahun lepas.
Leen, yang kali terakhir melihat bapanya semasa berumur empat tahun, tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengannya sekali lagi dan melihat beliau berada di rumah dengan selamat. "Saya berhak untuk bertemu bapa saya seperti kanak-kanak yang lain di dunia. Saya mahu mencium mukanya dan saya ingin bermain dengannya," kata pelajar perempuan itu penuh hiba.
Ibu kepada seorang banduan Palestin Bilal Al-Adeeni memegang gambar anaknya dan memekik: "Shalit tidak akan melihat cahaya sehingga anak-anak kami melihat cahaya," merujuk kepada askar Israel yang ditangkap. "Seluruh dunia bercakap mengenai seorang askar Israel yang ditawan semasa membunuh anak kami, dan mereka lupa bahawa kita ada ribuan banduan di penjara-penjara Israel," kata ibu yang dilanda kesedihan, yang mana anaknya dihukum penjara 25 tahun pada 2001.
Turut menyertai mogok itu ialah kanak-kanak perempuan berumur tiga setengah tahun, Heba Hanoon. Beliau tidak kenal bapanya, Nidal, yang ditangkap semasa dia berumur tiga bulan. Tetapi seperti orang lain, beliau akan terus menanti pembebasannya walaupun selama mana masa yang akan diambil.
- Semenanjung Gaza, 13 April 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama.

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!