Saturday, April 30, 2011

Friday, April 29, 2011


Budaya Suka Banding

alt
Budaya 'suka banding' ini memang kuat dalam masyarakat kita. Secara peribadi, saya amat tidak menyukainya. Banyak pengalaman masa lepas yang benar-benar memberi kesan yang kurang baik kepada hidup saya.
Semasa kita kecil, ramai rasanya menyetujui bahawa budaya 'suka banding' keputusan pelajaran cukup menyakitkan. Seolah-olah diri kita begitu hina atau tidak mempunyai nilai langsung bila diri kita dibandingkan dengan mereka yang lebih baik pencapaiannya. Tidak cukup dengan itu, kita juga selalu 'suka banding' tahap kedudukan dari segi ekonomi. Jika kita datang dari keluarga kaya maka kita akan lebih dihormati berbanding dengan jika kita datang dari keluarga miskin. Perlukah ini semua?

Semasa kita meningkat dewasa, kita ingatkan budaya 'suka banding' ini makin berkurangan tetapi rupanya kita silap. Makin tebal jadinya budaya ini. Kita selalu lihat manusia sekeliling 'suka banding' apa benda yang kita ada, apa pangkat yang kita ada, apa pencapaian yang kita ada dan seribu satu macam lagi perbandingan-perbandingan yang cukup merimaskan. Perlukah ini semua?
Jika kita tidak berhati-hati, budaya 'suka banding' ini akan menyebabkan timbulnya bermacam-macam penyakit hati seperti rendah diri, sakit hati, dendam, bongkak, tak sedar diri dan macam-macam lagi. Ramai yang hidupnya berlegar-legar sekitar membuat perbandingan sehingga lewat usia mereka. Jika beginilah cara hidup kita, mana mungkin datang rasa tenteram dan aman dalam diri?
'Suka banding' memang perlu tetapi bukan sampai membawa kepada corak kehidupan seperti di atas. Perbandingan yang membawa kepada motivasi agar hidup menjadi lebih baik dari sebelumnya memang dituntut. Jika dilihat dari sudut pengurusan masakini, ada suatu inisiatif yang bernama Penandaarasan (Benchmarking) yang sebenarnya menggunakan konsep 'suka banding' ini dalam usaha bawa sesuatu organisasi itu lebih baik dari sebelum ini.
Akhir kata, bagaimana harus kita menangani budaya 'suka banding'yang membawa kepada kesan negatif ini? Rasanya mudah sahaja. Bagaimana? Ianya perlu bermula dari rumah di mana ibu bapa harus mengelakkan 'suka banding' anak-anak mereka dengan anak-anak orang lain. Mungkin niatnya baik tetapi dalam banyak hal kaedah perlaksanaannya selalu membinasakan
!

Sunday, April 17, 2011

The Power book trailer

The Secret - Planet Earth

RAIOS RELAMPAGOS E TROVÕES...Fenômenos Naturais!

azab kubur...


Mereka Yang Tidak Malu

alt
Dataran Pahlawan Shopping Mall Melaka, 12.45 tengah hari.
Saya duduk sebentar di salah sebuah bangku berhadapan kedai kasut. Penat menunggu rakan memilih kasut. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab heels, wedges dan sewaktu dengannya untuk memberi pandangan kepada beliau. Jadi, saya serahkan pada yang pakar sahaja.
Sambil duduk, mata meliar melihat orang-ramai yang lalu lalang. Macam-macam fesyen dan ragam ada. Suasana tidak terlalu sibuk. Mungkin kerana siang hari, orang malas keluar shopping sebab berpuasa. Tergelak kecil saya melihat ragam mereka semua. Anak-anak kecil comel berjalan sendiri tanpa mahu di bantu ayahnya membuat saya tersenyum. Terdetik juga dalam hati melihat fesyen budak-budak zaman sekarang. Umur baru setahun jagung sudah pandai bergaya bagai. Betapa untung mereka. Jika di banding dengan saya, jauh panggang dari api.
Lama menunggu, jarum jam sudah menginjak ke pukul 1.10 petang. Saya masih lagi setia memerhati. Kawan-kawan masih leka membantu rakan saya memilih kasut. Mata saya terpandang pada satu pasangan yang juga memasuki ke kedai kasut. Terdetik dalam hati saya"Tak pergi solat Jumaat ke mamat ni? Dah pukul 1 boleh shopping-shopping lagi?" Bukan hanya beliau, ramai lagi kaum adam yang saya pasti berbangsa Melayu beragama Islam masih berlegar-legar di sekitar mall. Bukan hanya yang muda, yang umur awal 40-an, yang saya pasti sudah bergelar ayah pun ada.
Saya cuba berfikiran positif.
"Agaknya masjid dekat kot, tu yang boleh shopping lagi. Tak pun dorang ni dalam musafir."
Di dalam kereta, sewaktu perjalanan pulang, sekitar pukul 1.00 hingga 2.00 petang.
Saya memandang keluar tingkap kereta. Tiba-tiba salah seorang rakan bersuara.
"Eh, tengok kereta tu! Diorang buat apa la tu? Tak puasa la tu."
Saya menoleh. Sebuah kereta tersadai di bawah sepohon pokok. Kedua-dua pintu hadapan kereta terbuka. Dari hujung mata, saya melihat penumpang dan pemandu lelaki. Bukan muda remaja, tapi sudah layak bergelar ayah.
Syukur bukan melakukan maksiat. Namun, kata-kata rakan saya tidak terhenti di situ.
"Hah! kan betul aku cakap, tu air tin."
Gulp...terkesima sekejap saya.
Juga di dalam kereta.
Saya memerhati keluar tingkap lagi. Dalam hati saya berfikir, inikah wajah sebenar Muslim hari ini? Muslim di alaf baru yang sudah maju? Sudah hilangkah rasa malu untuk membuat dosa secara terang-terangan? Tidak malu dan tidak takutkah kepada Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui segala hal hatta detik hati kita sekalipun? Hebat sangatkah diri untuk ingkar suruhan Allah? Ya Allah, sungguh aku takut dengan keadaan pemuda-pemudi sekarang.
Tak logik rasanya dalam keadaan musafir tapi boleh keluar bershopping dengan awek. Masjid dekat? Habis tu, kalau jalan jammed? Dengan nak balik rumah bersiap mandi segala bagai? For sure solat Jumaat dalam kereta!!!
Yang tidak berpuasa tu lagi membuatkan saya panas hati. Tak malu ke kalau budak-budak nampak korang tengah sedap melantak dalam kereta? Budak kecil pun pandai berpuasa. Takkan uzur kot? Jangan ingat sorok-sorok makan dalam kereta, kat kawasan sunyi, kamu boleh lepas dari pandangan Allah. Tidak sama sekali sebab, Allah tu Maha Melihat Lagi Maha Mengetahui. Bila nafsu sendiri menguasai diri, syaitan, iblis, jin segala bagai kena ikat macam mana sekalipun tetap nak buat dosa juga. Bagaimana mahu menjadi pemimpin, ketua keluarga jika begini perangainya? Mengeluh dalam hati saya. Insaflah wahai manusia! Kita ni hamba saja. Tak lama lagi kuburlah tempat kita kembali.
Tiba-tiba mata saya terpandang pada deretan motosikal yang menderu laju di sebelah kereta. Segak anak-anak muda berbaju Melayu. Sudah selesai solat Jumaat barangkali. Saya tersenyum sendiri di dalam hati.
"Alhamdulillah, masih ramai muslimin yang pandai bersyukur, yang ingat dan sayang Allah!"

Saturday, April 16, 2011


Mengapa Saya Masuk Islam? - Yusuf Islam

Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.
Titik Permulaan
Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.
Melawat Jerusalem
Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.
Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

Kanak-Kanak Palestin Sambut Hari Kanak-Kanak

alt
Ratusan kanak-kanak Palestin dan keluarga mereka hari ini menghadiri festival menyambut Hari Kanak-kanak di Semenanjung Gaza yang diduduki Israel.
Kanak-kanak itu yang menerima kesan hebat daripada keganasan di wilayah mereka, mempersembahkan lagu-lagu kebangsaan dan tarian tradisional pada majlis yang diadakan oleh Pusat Al-Dameer bagi hak asasi manusia di Semenanjung Gaza.
Ketua pusat itu, Khalel Abu Shamala, berkata acara tersebut merupakan sebahagian daripada projek pusat, yang ditaja oleh Kesatuan Eropah (EU).
Beliau mengambil perhatian bahawa program tersebut bertujuan membantu kanak-kanak Palestin dan mengajar mereka untuk melahirkan perasaan dan fikiran mereka. Ia juga untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang hak-hak yang cerobohi akibat sekatan dan halangan.
Wakil EU, Ayman Futeha, berkata kesatuan itu komited untuk menyokong semua projek yang membantu kanak-kanak itu mencapai cita-cita mereka. Lobna Al-Najar, seorang pengarah dari Persatuan Selamatkan Kanak-kanak Sweden, menekankan pentingnya menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak.
Al-Najar berkata kira-kira dua juta kanak-kanak yang tinggal di wilayah Palestin diduduki Israel menderita kekurangan bantuan manusia, baik akibat sekatan di Semenanjung Gaza atau halangan tembok di Tebing Barat. Pelajar perempuan Aya Roweka, 12, menyampaikan ucapan bagi pihak kanak-kanak Palestin.
Roweka menegaskan walaupun menghadapi kesulitan dan penderitaan, kanak-kanak Palestin itu tidak akan menyerah kalah.
"Kami akan terus berjuang hingga kami mendapat hak-hak kami, seperti kanak-kanak lain di dunia," katanya.
- Gaza, 6 April 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama
.

Banduan Palestin Menanti Kehadiran Cahaya


alt
Anggota keluarga bagi kira-kira 7,500 banduan Palestin yang ditahan dalam keadaan penuh azab di penjara Israel mengadakan tunjuk perasaan setiap minggu bagi menuntut pembebasan mereka.
Sambil memegang gambar para banduan, mereka berkumpul di hadapan ibu pejabat Palang Merah Antarabangsa di bandar Gaza setiap Isnin, mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan berundur sehingga anak, suami, bapa dan saudara mara mereka dibebaskan.
Di antara mereka ialah keluarga Emad Al-Saftawi, 47, yang ditawan askar Israel semasa cuba meninggalkan Semenanjung Gaza dan memasuki Mesir di lintasan sempadan Rafah pada 2000.
Memandangkan isterinya hamil semasa beliau ditangkap, Emad, yang menjalani hukuman penjara 18 tahun, hanya dapat melihat anak perempuannya, Leen, semasa dia melawat penjara bersama ibunya yang telah tua dan kematian suami. Isterinya tidak pernah melawatnya di penjara, tetapi anak-anaknya, Hamza dan Jihad, telah melawat bapa mereka semasa mereka berumur bawah 12 tahun.
Pihak berkuasa Israel melarang mereka yang berumur lebih daripada 12 tahun daripada melawat banduan di penjara. Proses melawat itu dijadikan lebih rumit selepas militan Palestin menawan askar Israel Gilad Shalit semasa satu serbuan ke atas kawasan tentera Israel di selatan Semenanjung Gaza pada 2006.
Sejak itu, Israel telah menghalang, tanpa pengecualian, semua anggota keluarga banduan Palestin daripada melawat anak atau saudara mara mereka. Anak Emad tidak dapat menanggung rasa rindu kerana tidak dapat melihat bapa mereka sejak lima tahun lepas.
Leen, yang kali terakhir melihat bapanya semasa berumur empat tahun, tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengannya sekali lagi dan melihat beliau berada di rumah dengan selamat. "Saya berhak untuk bertemu bapa saya seperti kanak-kanak yang lain di dunia. Saya mahu mencium mukanya dan saya ingin bermain dengannya," kata pelajar perempuan itu penuh hiba.
Ibu kepada seorang banduan Palestin Bilal Al-Adeeni memegang gambar anaknya dan memekik: "Shalit tidak akan melihat cahaya sehingga anak-anak kami melihat cahaya," merujuk kepada askar Israel yang ditangkap. "Seluruh dunia bercakap mengenai seorang askar Israel yang ditawan semasa membunuh anak kami, dan mereka lupa bahawa kita ada ribuan banduan di penjara-penjara Israel," kata ibu yang dilanda kesedihan, yang mana anaknya dihukum penjara 25 tahun pada 2001.
Turut menyertai mogok itu ialah kanak-kanak perempuan berumur tiga setengah tahun, Heba Hanoon. Beliau tidak kenal bapanya, Nidal, yang ditangkap semasa dia berumur tiga bulan. Tetapi seperti orang lain, beliau akan terus menanti pembebasannya walaupun selama mana masa yang akan diambil.
- Semenanjung Gaza, 13 April 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama.

IT'S ME...!!!

IT'S ME...!!!
Assalamualaikum and hello to all my beloved readers , most of all thanks for reading my blog hope you will get ibrah from my posts...sorry for any mistakes done...if you have any problems,just leave the comments there..i'll try my best to share my knowledge with you...sharing is caring...thanks for visiting...salam ukhuwah..maassalamah wa ilalliqa'..!!!